Monday, December 26, 2011

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

".. Jika seorang wanita itu sifat malunya sudah hilang, ertinya mutiara yang berharga pada dirinya sudah hilang, diwaktu itu kecantikan fitrah sudah hilang, kecantikan tarikan nafsu yang terserlah..."


(Abuya Syeikh Imam Asaari Muhammmad At-Tamimi Al-Hashimi)





Bisikkanlah padaku kekuatan,

selalu melontar bayangan melihat langit & awan,

sekalipun gelap malam tanpa sinaran, 

agar daku berterusan bahagia kerana sentiasa dalam ingatan....

"Tentang dikau yang teristimewa"

Di kaki langit itu,
ada warna merah bercampur kuning serta jingga
semarak warnanya menyimbahi alam yang kian malam
tenang dapat menikmati keindahan itu,
kedamaian & ketenangan yang turun bersama senja 
di suatu sudut sambil menitip tulisan,
terasa hti begitu tenteram & tenang,
diiringi bersama angin lembut yang bertiup perlahan,
sungguh mengasyikkan begitulah dirasakan
Maha Hebatnya Tuhan yang mencipta segala ciptaan...
Untukku,
sememngnya telah tercatat,
aku bukan untuk lelaki yang sesempurna sepertimu,
walau ku dekat denganmu,
bersatu hatiku denganmu,
ia hanya sebuah kemesraan yang sementara yang dianugerahkan ilahi,
dalam melayari bahtera hidup ini ketepian yang sejahtera,
sememangnya telah ditakdirkan aku bukan milikmu,
namun jauh pandanganku,
ia tetap segar diingatan, 
maka tiada kekecewaan diantara kita kerna kita ditakdirkan sebagai sahabat,
bisikan kekuatan disanubari,
dengan lontaran bayangan melihat langit & awan nan indah,
sekalipun gelap malam tanpa sinaran,
agar aku berterusan bahagia kerna sentiasa dalam ingata, 
dan dengan untuk kesekian kalinya 
sehingga tetutup kelopak mata ini buat kali terakhir,
ku bawa jauh diriku dari dunia yang fana ini, 
untuk bertemua akhirat yang menanti...



Az
31january  
sempena hari hri keklahiranku,
yg ke-24